PENDAFTARAN EJEN [KLIK SINI]
.
Sesiapa pun boleh jadi Ejen / Reseller Fasstek Racing. Individu / Penjual Online / Owner Bengkel
.
.
DAFTAR EJEN SEKARANG : KLIK SINI BORANG PRA-DAFTAR EJEN
JADI EJEN PRODUK FASSTEK RACING SEKARANG!!!
1. Klik link pendaftaran di bawah: Pihak kami berhak membatalkan pendaftaran jika anda tidak memenuhi kriteria yang kami mahu.
BORANG PRA-DAFTAR EJEN
2. Terima pengesahan Log In ID dari pihak HQ.
3. Log In ke dalam website Fasstek dan lengkapkan segala butiran.
Pastikan Ejen mengisi nama / ic / nombor akaun bank yang benar. Kalau salah, nanti komisen xmasuk.
Dicadangkan masukkan nama peribadi/syarikat dan akaun peribadi/syarikat. Penyata bulanan akan memaparkan nama anda. Nak buat dokumen sokongan untuk apa-apa pinjaman pun Valid.
UNTUNG jadi Ejen Fasstek Racing:
✅ Hanya Daftar RM50 sekali, dapat nikmati harga ejen untuk semua produk Fasstek Racing.
✅ Nama, gambar Anda/ Kedai akan terpapar di website rasmi Fasstek Racing.
✅ Gambar / Video marketing PERCUMA untuk tujuan promosi dan jualan.
✅ Anda dapat 2 jenis pendapatan.
Untung TUNAI dan UNTUNG INSENTIF.
✅ Tidak perlu simpan stok.
✅ HQ uruskan penghantaran terus ke alamat anda / pelanggan anda.
✅ KEKAL AKTIF selama 90hari, Jika tiada sebarang pembelian [RM0] dalam tempoh 90 hari, nama anda akan dihapuskan dari senarai Ejen.
✅ INSENTIF atau KOMISEN akan dibayar pada 10 hari bulan , bulan berikutnya.
✅Kami akan UPDATE produk baru dari semasa ke semasa.
Maklumat dalam Website adalah RAHSIA. Sebarang tindakan mendedahkan kandungan Website Ejen kepada umum akan diambil tindakan undang-undang seperti akujanji ketika mendaftar Ejen.
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
FASSTEK RACING - SISTEM EJEN ONLINE PERTAMA UNTUK BISNES MOTOR PARTS DI MALAYSIA
Soalan Popular tentang Sistem Ejen Fasstek Racing:
(Amalkan budaya membaca sampai habis)
1. Saya nak jadi ejen, tapi tak nak duduk bawah Leader yang invite, lebih baik terus direct HQ. Tak kan saya yang buat kerja Leader yang senang2 dapat hasil??
✅Sistem Ejen:
Sistem Fasstek Racing PAUTH SYARIAH 100%. Tiada istilah orang Leader makan hasil orang bawah. Baca cara pengiraan sistem ini di bawah..
✅Sepatutnya dia usaha la sepertimana leader dia usaha untuk rekrut ejen baru. So boleh dapat override (untung lebihan tanpa mengambil untuk anak ejen tersebut).
INGAT!: Dalam sistem ejen, semua ejen dapat Insentif dari peratusan di jadual insentif. Leader tidak ambil 1sen pun hak ejen-ejen di bawahnya. Leader hanya dapat lebihan untung sebagai ketua kumpulan.
✅Isu ni boleh juga kalau nak dibandingkan dengan trading konvensional.
Katakan seseorang stokis (atau pemborong) ada ramai ejen di bawahnya. Boleh ke ejen persoal kenapa stokis tu dapat untung dari setiap ejen dia? Sedangkan stokis tu telah berusaha buat sales dan rekrut ejen.
✅Kalau ejen tu nak untung macam stokis, dia kena la usaha cari ejen banyak² bawah dia. Dia akan dapat override bilamana dia berjaya upgrade jadi stokis.
✅Cuma kelebihan yang ada dalam sistem ejen ni ialah;
- Mana² level ejen boleh dapat income seperti seorang stokis.
- Leader tak selamanya dapat override dari ejen di bawahnya.
✅Contoh ini berdasarkan jadual pelan insentif Fasstek Racing. (Video Komisen Ejen Situasi 1 dan 2)
Leader boleh dapat 21% kalau capai GS RM5,000.
Ejen di bawahnya juga boleh dapat 21% kalau dia capai GS RM5,000.
Kalau Leader capai GS RM5,000 bersendirian (ejen bawah tak buat jualan), maka total bonus RM1,050 tu akan dapat solid kat Leader.
Kalau dia capai (Jualan berkumpulan) GS RM5,000 bersama tiga anak yang masing² buat PS RM1,500, leader tu TAK DAPAT bonus solid 21%. Sebab tiga ejen di bawahnya dah dapat 15%. So leader hanya override 6% dari setiap 3 ejen tu.
✅Katakan Ejen-A buat PS (jualan individu) RM500, dan anaknya Ejen-A1 buat PS RM5,000. Maka kedua-duanya dapat bonus 21%. Tapi income Ejen-A1 adalah berganda lebih besar dari income Ejen-A.
Ejen-A tak dapat overriding dari Ejen-A1. Ejen-A hanya dapat 21% dari PS RM500 yang dia buat sahaja. Ejen-A1 pula akan dapat 21% dari sales RM5,000 yang dia buat.
Sangat adil bukan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan 2: Sistem Ejen ni macam MLM (Multi Level Marketing) ke?
Walaupun ada sedikit persamaan, SISTEM Ejen adalah berbeza dengan MLM. Keyword nya sistem pelaksanaannya.
✅Dalam Sistem Ejen, siapa yang KERJA LEBIH, dia akan DAPAT LEBIH. Kalau Leader tak buat kerja, Leader tak dapat apa-apa insentif.
Contoh jelas: Syarat minimum untuk setiap ejen dapatkan Insentif adalah dengan mengumpul Nilai Belian Individu RM500. Jika Leader hanya membuat jualan RM499, tetapi anak ejen membuat jualan RM1500 (15%), maka 15% komisen diberikan solid penuh kepada anak ejen tanpa sebarang pengurangan.
✅Tapi dalam MLM yang kebanyakannya tidak patuh Syariah, kebiasaannya orang yang join lebih awal(Leader) sentiasa dapat income lebih tinggi dari orang yang join kemudian(ejen bawah).
Sistem yang kami jalankan ini, mempunyai Penasihat Syariah tersendiri dan Sistem Ejen ini sentiasa dipantau rapi.
Sebarang pertanyaan, boleh direct chat 0193808055 (Telegram / Whatsapp / Call)
VIDEO KOMISEN EJEN
DAFTAR EJEN SEKARANG BORANG PRA-DAFTAR EJEN
FASSTEK EJEN 3 IN 1
Ejen Fasstek Racing adalah fleksibel. Boleh buat apa EJEN suka, atau mengikut kepakaran masing-masing.
Dan flexibility adalah satu perkara yang ramai orang suka.
Sebab tu bilangan ejen bawah anda cepat berkembang!
——
Bila anda dah dapat ID sebagai ejen, anda boleh decide nak buat apa — mengikut keperluan anda masa tu. NOMBOR TIGA TU MEMANG BEST.
•••••••••••••••••••
✅ [ Nombor Satu ]
Ni yang paling ramai orang buat — act as ‘normal agent’.
Restock sendiri, kemudian jual offline. Maksudnya jualan face to face.
Ada yang jual kat kedai sendiri, office, ada yang jual kat kawan², ada yang COD, ada yang customer datang pickup kat rumah dia.
Jadi untuk cara ni, ejen tu login sistem, kemudian buat order.
Masa buat order, dia masukkan nama dan alamat sendiri pada maklumat penghantaran.
Keuntungan Ejen ( duit tunai dari jualan kepada pelanggan sama ada nak ikut harga RRP atau nak mark up.
Nilai Belian akan masuk ke dalam sistem. Hujung bulan ejen boleh cek jumlah Nilai Belian masing² dan boleh kira berapa Insentif yang ejen akan terima pada 10hb bulan berikutnya nanti.
••••••••••••••
✅ [ Nombor Dua ]
Ada golongan ejen yang suka buat dropship.
Dia tak suka simpan stok. Dia nak produk dihantar terus dari HQ kepada customer.
Jadi bila ejen nak buat dropship, ejen boleh login dan order barang macam biasa. Cuma bezanya ejen perlu masukkan detail customer pada maklumat penghantaran.
Dalam kes ni, customer bank-in ke akaun bank ejen, kemudian ejen yang order melalui akaun login dia, dan bayar dari online banking ejen sendiri.
Keuntungan ejen (beza antara harga ejen dan harga runcit) akan berada dalam akaun bank dia.
Contoh: harga ejen RM80, harga RRP RM100, untung RM20 dah ada dalam akaun ejen.
Nilai Belian akan masuk ke dalam sistem. Hujung bulan ejen boleh cek jumlah Nilai Belian masing² dan boleh kira berapa Insentif yang ejen akan terima pada 10hb bulan berikutnya nanti.
•••••••••••••••••••
✅ [ Nombor Tiga ]
Ejen juga boleh buat affiliate.
Affiliate ni, ejen hanya perlu share link dari produk, kemudian customer order sendiri dari unique link dia.Jadi, bagi ejen yang busy nak log in tu, bagi je link produk ni kat customer korang. Tunggu je duit masuk.
Sistem dah sediakan link untuk setiap ejen.
Siap ada dua link. Link untuk customer order barang, dan link untuk orang join jadi ejen bawah dia.
Bila guna link ni, pelanggan akan bayar direct ke HQ Fasstek Racing.
Jadi mana untung ejen?
Keuntungan ejen akan dimasukkan dalam ewallet dia dalam sistem.
Jadi ejen tu boleh gunakan untuk next purchase. Atau ejen juga boleh request dari HQ untuk keluarkan.
•••••••••••••••
Semoga bisnes ini memberi manfaat dan membantu ekonomi Ejen² Fasstek Racing.
~ Fasstek Racing HQ~